Sungguh tak disangka! itulah yang boleh saya sebutkan selepas saya menerima satu sms dari seorang journalist yang pernah bekerjasama dengan pihak PAS dan mengetahui tentang cerita dalaman PAS!
Anda nak tahu sms ini berkenaan apa? Begini, dalam sms tersebut ada menyatakan yang calon PAS iaitu saudara Salleh Man pernah menyapu duit sebanyak rm60 ribu semasa pilihanraya di Permatang pauh tempohari. Perkara ini juga diketahui oleh Yusuf Rawa dan bekas Pesuruhjaya PAS Penang, Zulkifli Lazim.
Bukan setakat itu sahaja, dia juga dikatakan pernah menggelapkan duit dari projek sekolah pintar PAS dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun syarikatnya sendiri, bagaimana dia melakukannya masih terus menjadi misteri hingga ke hari ini.
Kepada pihak PAS, cerita-cerita ini sedang tersebar di kalangan ahluL-ahlul PAS, tetapi seperti biasa PAS akan menafikan kisah sebegini, namun kali ini penafian sahaja tidak cukup, apa kata calon PAS pun membuat penjelasan sepertimana yang telah di buat oleh saudara Rohaizat!
Walaupun syurga milik PAS, tetapi bilamana cerita seperti ini sudah tersebar, rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar, ini adalah satu tuduhan yang serius, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang bukan?
Saya harap BAR Council dan Harris Ibrahim boleh membantu PAS untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu ini, ini sudah kira isu pecah amanah ni, kami rakyat marhaen inginkan kepastian, Ingat, sekadar menafikan sudah tidak boleh diterima lagi!
Buktikan!
WAHAI AHLI PAS! SEKURANG-KURANGNYA JUJURLAH KEPADA DIRI SENDIRI!
Sumber- House PK
0 comments:
Post a Comment