Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

N11 Permatang Pasir : Pas Jemput Lee Kuan Yew Ke majlis Berbuka

Aug 25, 2009

Lagi kerjasama dengan kafir yg nak kaut keuntungan dari Malaysia. Pengkhianat Lee telah memasuki Malaysia dengan niat untuk melelong orang Islam!. Tetapi PAS sanggup melihat Allah tergadai, Agama dicabuli dan orang Islam di hamba abdikan oleh Kafir JahanaM!!!




Apa bangsat dari Singapore ini tahu tentang Agama Islam sedangkan dinegara itu bercakap tentang Islam dikedai kopi kena tangkap I.S.A!!!.Tapi ISA ini Pas Sokong PULAK...Laknatlah mereka yg menjual Agama Islam!


PRK PERMATANG PASIR : CALON PAS PECAH AMANAH! Gelapkan wang 6 Ratus Ribu Ringgit???

Aug 20, 2009

PAS mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd. Salleh Man. Tidak banyak maklumat yang boleh dibincang mengenai calon ini.

Namun begitu, ujud beberapa isu yang menjadi begitu kontroversi bagi calon dan ketua PAS Pulau Pinang ini. Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh setahun lepas, pemimpin PAS Pulau Pinang sendiri membangkitkan bahawa peruntukan untuk jentera pilihanraya PAS sebanyak RM 600,000.00 digelapkan calon ini. Dakwaan serious ini dibuat sendiri oleh Naib Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan Mantan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Zulkifli Lazim.

Selain pada itu, Salleh juga merupakan mudhir kepada Sekolah Agama Pintar tajaan PAS. Beliau juga dituduh mengunakan sebahagian dari peruntukan bagi menguruskan sekolah tersebut bagi mengukuhkan kewangan syarikat persendirian beliau, kemungkinan bagi tujuan perniagaan.
Nampaknya, masalah salahguna kuasa dan amalan korupsi kini makin menular dalam pemimpin Pakatan Rakyat selepas terbongkar isu yang sama berlaku di Selangor. DAP sebagai rakan kongsi kanan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kini menjadi tunggak pemerintahan negeri pulau mutiara itu kini dibelenggu dakwaan mengenai perhubungan rapat dengan kongsi gelap dan pejenayah maksiat.

Ini merupakan peluang baik bagi rakyat untuk membuka mata dan membuat pilihan mengenai kedudukan mereka memberikan sokongan kepada golongan yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan peribadi dan agenda tersendiri.
sumber :bigdot

Banyak jugak penyamun berkopiah ini kebas duit, apa apa pun cepat cepat buat repot kepada pihak yang berkuasa,penyamun alim alim kucing bukan boleh dibiar,dalam diam dia suka ngap jugak

Jentera PAS bukan mau duit sangat,diaorang cuma mahu "pahala" pasal tu la calon kebas duit jentera dah orang lain tak mau

Pisau kata "Bang Saleh lepas ni boleh makan kuah la"

PERMATANG PASIR : NASARUDDIN PUN ADA BODYGUARD




TU DIA DIBELAKANG NASARUDDIN ADA BODYGUARD.....KENAPA TAKUT ? ADA KE YANG NAK PUKUL NASA







TIMBALAN PRESIDEN PAS MENAIKI KERETA FORTUNER (ZUHUD PAS GUNA KERETA MEWAH) DIIRINGI OLEH BODYGUARD

PAS Permatang Pasir: Isu perbandingan Calon Pas dan BN

Aug 19, 2009
Teropong Duri tinjau kali ini mengenai Pembangkang PAS menyoal calon BN dengan timbulnya isu moral. Naib Presiden Pembangkang PAS telah mencabar Datuk Seri Zahid Hamidi untuk berdebat isu moral calon BN. Apa nak di debatkan lagi wahai orang pembangkang PAS tempat yg terang lg bersuluh...tak payah debat pun semua dah tahu pihak pembangkang lagi tak bermoral. Tambah diterajui oleh pengkhianat anwar al juburi, mat sabu lidah terjele tgk orang tina, nik aziz dengan gua harta karunnya, guan eng kononnya robin hood tapi masuk poket sendiri.Ini adalah bukti-buktinya:-


i. MP PAS ...... ( masih MP ) lagi di Kelantan. Tak usah sebut namalah. Terlibat dengan kecurian balak di kawasan Tanah Merah Kelantan sehingga TGNA mengambil tindakan menggugurkannya sebagai exco / pengerusi pembalakkan di Kelantan pada tahun 1990. Kalau TGNA bercuti , TGNA akan memberikan pemangkuan kepada seorang ADUN lain sebagai pemangku MB. Tak beri kepadanya. Hanya berikan kepada YB ini sebagai menguruskan hal-hal pentadbiran sahaja. Kejadian ini terjadi setelah 12 orang pegawai jabatan Hutan Tanah Merah termasuk pengarah Hutan Negeri Kelantan di tahan oleh tentera Navik Thailand. Baik sangat ke?

ii. Kes bekas Adun Bukit Selambau ( Arumugam ) . Bersekedudukan sehingga lahir anak luar nikah.

iii. Kes Eli Wong di Selangor : bersekedudukan dengan lelaki muslim tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Baik sangat ke?

iv. Kes Ronnie Liu : Masih bicara di mahkamah kerana menghalang penguatkuasa MPSA menyerbu di pusat pelacuran / karaoke. Baik sangat ke ?

v. Kes khalwat Mat Sabu denganseorang wanita bernama Norma di hotel Perdana Kota Bharu( tak silap bilik 121 kot ). Mat Sabu cakap perempuan tersebut datang nak jual ubat. Baik sangat ke?

vi. Kes Apandi Ali ( bekas ADUN Jeli Kelantan ): membuat tuntutan palsu dengan mendakwa menetap di hotel perdana Kota Bharu tapi tak tinggal disitu dan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Termasuk dituduh ialah seorang YB ( dah bekas ) di Kelantan juga kerana membuat tuntutan palsu berkaitan hotel yang sama juga bersama YB Apandi Ali. Baik sangat ke ?
vii. DSAI. Dua kes liwat. Satu dah selesai dan mahkamah sahkan bahawa beliau seorang pengamal homoseksual. Satu kes lagi sedang berjalan. Itu punasyik mengelak aje. Baik sangat ke?

viii. Allahyarham Buniyamin : menuduh Tun Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya. Lepas fitnah tersebut terus meniggal dunia. Nasib baiknya dimaafkan oleh Tun. Baik sangat ke?
viii. Kes Fairuz TKM Pulau Pinang. rasuah kemudian didapati tak cukup bukti ambil duit dari syarikat pecah batu. ( Teknikal sahaja: duitnya ambil juga ). Baik sangat ke ?

x. Kes-kes rasuah dan penyelewengan YB PR di Selangor sekarang. Baik sangat ke YB PR ini ?. Dari MB nya sehinggalah kepada exco-exconya sama aje.
(ehsan-Penghuni Gua)

Para sahabat semuslim, lihatlah perbezaan yg ditujukkan, jangan senang mempertikai moral orang kalau moral sendiri lagi tercalar. PAS jgn tegakkan benang yg basah jika hanya mahu meraih simpati orang ramai dan menang undi

PAS Permatang Pasir : N.Aziz Berani Mengeluarkan Fatwa PAS untuk Syurga

Aug 17, 2009

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Dan mereka berkata " Segala puji bagi Allah yang telah Memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah Memberikan tempat ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga dimana saja yang kami kehendaki". Maka (syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang - orang yang beramal. (Surah az-Zumar, ayat 74).

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka. Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).

Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.”
Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).


Sudah jelas sekali bahawa tuduhan nik Aziz mengatakan barang siapa yang memilh UMNO akan masuk neraka, dan sesiapa yang memilih pas akan masuk syurga. Apakah tindakan nik aziz ini hendak memesong ajaran Islam. Kenapa beliau boleh berkata demikian sedangkan beliau adalah tokoh agama yang disegani: beliau dengan lantang sekali berkata demikian setelah penamaan calon di DUN11 Pematang pasir berakhir.

Kita umat Islam harus bersatu bukan berpecah, ini hanya politik bukan peperangan antara agama: Kefahaman Politik tidak seharunya dicampur aduk dengan kefahaman tentang Agama Islam. UMNO adalah parti politik yang memperjuangkan nasib orang melayu dan memperjuangakan Islam sekali gus. Tetapi pas adalah Islam berasaskan politik: sIni begitu nyata bahawa sekularism jgk terdapat didalam PAS.


1. Manusia + Agama= Allah S.W.T
2. Politik + Agama = Kepentingan Duniawi


Teropong Duri: Politik tidak menjamin kemasukan manusia ke syurga atau neraka, hanya amalan dan kebaikan yang dituntut oleh Allah S.W.T akan menjaminkan syurga. Siapa kah nik aziz, bolehkah dia tentukan kemasukkan dirinya sendiri ke syurga. Buktikanlah wahai Nik Aziz. Biarlah pertandingan politik berlaku secara adil dan aman. Islam harus bersatu!!!

PAS: Jangan terlalu Teruja Tentang Larangan Untuk Perhimpunan ISA

Jul 31, 2009

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub meminta ahli parti itu tidak "teruja" dengan fatwa yang mengharamkan orang ramai berdemonstrasi menentang akta ISA di Istana Negara, petang esok.

"Kepada ahli PAS, saya minta mereka tidak terpengaruh atau teruja dengan fatwa pihak lain. Bagi PAS, ia satu kewajipan (untuk hadir).

"Dan telah dikeluarkan kenyataan, bahawa kehadiran mereka esok adalah wajib bagi menentang akta yang zalim (ISA), yang telah berkuatkuasa selama 49 tahun," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara tengah hari tadi.- Malaysia Kini

Teropong Duri tinjau kali ini dengan isu ISA yang semakin hangat diperkatakan sehingga tercetus segelintir rakyat yang cuba untuk berdemostrasi di ibu negara esok pada pukul 1pm. Adalah sedia maklum perkara sebegini tidak harus berlaku diantara PAS dan kerajaan. Setidak-tidaknya perkara sebegini boleh dibawa kemeja perbincangan. Walaupun PAS dijangka menerima tekanan dari pihak pembangkang yang lain, UMNO harus mengambil inisiatif untuk menarik pengamal politik berteraskan islam ini untuk berbincang…kan Islam menyuruh umatnya membuat secara lembut dulu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dah melarang jangan sesiapa menghadiri perhimpunan haram menyokong atau pun membantah ISA kerana ini telah menglibatkan keselamatan negara.
Apa sebenarnya niat dan matlamat mereka untuk adakan perhimpunan itu... hanya untuk hura-hara dan menjejaskan keadaan?


Kerajaan telah mengkaji semula akta ISA ini…apakah pihak pembangkang masih tidak faham lagi terutamanya GMI. Diharap PAS tidak akan terikut-ikut dengan tindakan kawan-kawan sekongkol mereka ini. Bagi orang Islam apabila sesuatu itu telah ditafsirkan untuk umatnya sendiri ..kita sebagai orang Islam harus mengkaji semula …apakah ia benar ini akan memudaratkan masyarakat?

1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Islam tidak menggalakkan umatnya menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

2. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata jika perhimpunan boleh mendatangkan huru-hara, haram bagi mana-mana pihak menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Apabila bila fatwa demi fatwa keluar ..dah jadi perang fatwa pulak orang Islam kita disini..apa nak jadi…Ada sesetengah pihak kata tidak perlu akta ISA untuk melindungi Islam..ya betul ..ramai yang setuju mengenai itu . Islam memang tidak perlu apa2 pun untuk perlindungan sememamgnya kita berlindung dibawah kuasa Allah SWT..ini adalah soal negara yang Allah amanahkan kpd kita untuk menjaganya .

Akta ini harus ada..macam Singapore..kalau kita bercakap tentang ketidakpuasan terhadap kerajan dan berdakwah Islam secara terbuka di kedai –kedai kopi atau tempat terbuka ,mereka akan datang menangkap kita. Kerajaan Malaysia tidaklah sekejam itu. Ada yang hendak memecah belah Negara sahaja baru ditangkap itu pun sudah keterlaluan. Jangan kita terlalu mengikut kata hati, kita ada Al-Quran untuk rujuk ..silalah rujuk. Perhimpunan, pergaduhan tidak akan menyelesaikan masalah..Orang luar pihak Amerika dan Yahudi sedang teropong saja Negara kita ini. Bila dah pincang senanglah mereka masuk esok ni.

Bagi UMNO dan BN, ambilah tindakakan yang segera dan implement cara yang paling effective untuk berbincang dengan PAS, Mereka ini adalagh orang Islam yang lebih mudah untuk kita bertolak ansur. Pada yang lain tu biarlah…mereka nak hancur dengan idealogi masing2…tapi Islam harus bersatu padu..Bila Islam bersatu..bangsa lain akan selesa dan mereka hanya mengikut siapa yang kuat saja. Cina nak berniaga, bila dapat meniaga senyaplah mereka, India nak kesenangan anak cucu mereka, bila dah senang semua persengketaan akan lenyap…janji Islam UMNO & Pas boleh bersatu ..Ditunjangi Kerajaan Barisan Nasional..Buang yang keruh Ambil yang jernih..Ekonomi Pulih Negara Selamat.