PAS Permatang Pasir : N.Aziz Berani Mengeluarkan Fatwa PAS untuk Syurga

Aug 17, 2009

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Dan mereka berkata " Segala puji bagi Allah yang telah Memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah Memberikan tempat ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga dimana saja yang kami kehendaki". Maka (syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang - orang yang beramal. (Surah az-Zumar, ayat 74).

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka. Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).

Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.”
Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).


Sudah jelas sekali bahawa tuduhan nik Aziz mengatakan barang siapa yang memilh UMNO akan masuk neraka, dan sesiapa yang memilih pas akan masuk syurga. Apakah tindakan nik aziz ini hendak memesong ajaran Islam. Kenapa beliau boleh berkata demikian sedangkan beliau adalah tokoh agama yang disegani: beliau dengan lantang sekali berkata demikian setelah penamaan calon di DUN11 Pematang pasir berakhir.

Kita umat Islam harus bersatu bukan berpecah, ini hanya politik bukan peperangan antara agama: Kefahaman Politik tidak seharunya dicampur aduk dengan kefahaman tentang Agama Islam. UMNO adalah parti politik yang memperjuangkan nasib orang melayu dan memperjuangakan Islam sekali gus. Tetapi pas adalah Islam berasaskan politik: sIni begitu nyata bahawa sekularism jgk terdapat didalam PAS.


1. Manusia + Agama= Allah S.W.T
2. Politik + Agama = Kepentingan Duniawi


Teropong Duri: Politik tidak menjamin kemasukan manusia ke syurga atau neraka, hanya amalan dan kebaikan yang dituntut oleh Allah S.W.T akan menjaminkan syurga. Siapa kah nik aziz, bolehkah dia tentukan kemasukkan dirinya sendiri ke syurga. Buktikanlah wahai Nik Aziz. Biarlah pertandingan politik berlaku secara adil dan aman. Islam harus bersatu!!!

0 comments:

Post a Comment