UMNO AYAH PIN & KOMUNIS

Jul 3, 2009
Teropong Duri tinjau kali ini dengan isu ulamak menuduh UMNO agama ayah pin. Mcmana parti politik jadi agama pulak. Adakah ini orang berpelajaran berhujah. Janganlah kita taksub sangat dengan politik sehingga menukarkannya menjadi agama rasmi-Dalam Al-Quran ada sebutkah perkara tersebut? Ada Hadiskah yg mengatakan politik boleh menjadikan ia sebagai tiang agama. Inilah yg terselit dihati Melayu yang begitu taksub sangat dengan penggangan politik dan kedudukan didunia. Bukankah kita kalau nak berdakwah kena cara lembut dan halus, cara memujuk, pendekatan Nabi Muhammad S.A.W. Kadang2 para ulamak telah menggunakan serban dan jubah untuk memikat hati rakyat demi majoriti sorakan. Ini telah terjerumus dalam tamak dan gila pangkat. Adakah ini dituntut dalam agama? Bukankah kita sebagai seorang Islam harus mencari ilmu dan mengajar kepada orang yang sedang mencari. Bukankah kita tidak seharusnya bongkak dan tinggi hidung bila berilmu tinggi? Yang mana kita umat Islam harus ikut ni?

Kalau ada pihak kurang berilmu bukankah kita sebagai seorang berilmu tinggi harus menegur dengan cara lembut serta mengajak kejalan kebaikan. Kalau UMNO jahat dan menyeleweng kejalan kafir, tunjukkanlah dan mengajak kejalan kebaikan dengan berbincang...bukan dengan membuat penuduhan UMNO itu kafir. Apa akan terjadi dengan mufti2 serta pak imam dan alim ulamak yang bekerja dengan UMNO dan kerajaan Malaysia, tak kan mereka ini tidak tahu tentang agama langsung. Inilah yang dikata terlalu mengikut perasaan segolongan orang berpolitik seperti Tok Guru ini. Ini juga amalan syaitan(marah/mengikut perasaan). Bagaimana seorang yg terlalu diagungkaan sebilangan pendukung parti politik boleh mengiyakan kata2 org demikian. Tanyalah diri sendiri tuan2 dan puan2

Kita umat Islam harus berpegang pada Agama, Bangsa dan Negara tidak kira parti politik tetapi perjuangan hanyalah satu seperti Kaum Cina. Mereka tidak kira politik apakah mereka itu tetapi tujuan mereka adalah 1 iaitu menguasai ekonomi dunia. Kadang2 kita harus akur dan tunduk untuk mencari ilmu, nescaya kita tidak akan rugi kemudian hari. Apa salahnya kalau kita sama2 belajar dan perbetulkan kesalahan masing2, bukan menunding jari sesama sendiri. Ini adalah perkara yang amat memalukan umat Islam. Macam mana kaum lain nak percaya kita dan mengangkat Umat Islam sebagai ketua negara kalau perkara kecil pun tak boleh selesai. Macam bukak pekung didada lah.

Perkara sebegini akan menyumbang kejatuhan empayar melayu di tanah air sendiri. Kita juga harus memberitahu pada kaum asing bahawa Islam/Melayu adalah pemerintah yang terhebat dan sering adil pada yang lain. Kalau kita(org Melayu) memerintah, kaum lain juga akan merasa segala kekayaan yang terhasil di negara ini dan kaun melayu juga harus mempertahankan hak org melayu bukan membiarkan ia digugat oleh org lain. Hidup ini akan lebih aman kalau kita tahu batasan pengalaman dan pengetahuan.

P/S : Pikir Pikir lah sendiri wahai ulamak2 sekalian dunia ini bukan tempat pertempuran politik untuk masuk syurga. Berdakwalah dengan hati yg terbuka dan ikhlas kerana ramai lagi yang memerlukannya.

0 comments:

Post a Comment