PAS: Jangan terlalu Teruja Tentang Larangan Untuk Perhimpunan ISA

Jul 31, 2009

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub meminta ahli parti itu tidak "teruja" dengan fatwa yang mengharamkan orang ramai berdemonstrasi menentang akta ISA di Istana Negara, petang esok.

"Kepada ahli PAS, saya minta mereka tidak terpengaruh atau teruja dengan fatwa pihak lain. Bagi PAS, ia satu kewajipan (untuk hadir).

"Dan telah dikeluarkan kenyataan, bahawa kehadiran mereka esok adalah wajib bagi menentang akta yang zalim (ISA), yang telah berkuatkuasa selama 49 tahun," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara tengah hari tadi.- Malaysia Kini

Teropong Duri tinjau kali ini dengan isu ISA yang semakin hangat diperkatakan sehingga tercetus segelintir rakyat yang cuba untuk berdemostrasi di ibu negara esok pada pukul 1pm. Adalah sedia maklum perkara sebegini tidak harus berlaku diantara PAS dan kerajaan. Setidak-tidaknya perkara sebegini boleh dibawa kemeja perbincangan. Walaupun PAS dijangka menerima tekanan dari pihak pembangkang yang lain, UMNO harus mengambil inisiatif untuk menarik pengamal politik berteraskan islam ini untuk berbincang…kan Islam menyuruh umatnya membuat secara lembut dulu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dah melarang jangan sesiapa menghadiri perhimpunan haram menyokong atau pun membantah ISA kerana ini telah menglibatkan keselamatan negara.
Apa sebenarnya niat dan matlamat mereka untuk adakan perhimpunan itu... hanya untuk hura-hara dan menjejaskan keadaan?


Kerajaan telah mengkaji semula akta ISA ini…apakah pihak pembangkang masih tidak faham lagi terutamanya GMI. Diharap PAS tidak akan terikut-ikut dengan tindakan kawan-kawan sekongkol mereka ini. Bagi orang Islam apabila sesuatu itu telah ditafsirkan untuk umatnya sendiri ..kita sebagai orang Islam harus mengkaji semula …apakah ia benar ini akan memudaratkan masyarakat?

1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Islam tidak menggalakkan umatnya menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

2. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata jika perhimpunan boleh mendatangkan huru-hara, haram bagi mana-mana pihak menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Apabila bila fatwa demi fatwa keluar ..dah jadi perang fatwa pulak orang Islam kita disini..apa nak jadi…Ada sesetengah pihak kata tidak perlu akta ISA untuk melindungi Islam..ya betul ..ramai yang setuju mengenai itu . Islam memang tidak perlu apa2 pun untuk perlindungan sememamgnya kita berlindung dibawah kuasa Allah SWT..ini adalah soal negara yang Allah amanahkan kpd kita untuk menjaganya .

Akta ini harus ada..macam Singapore..kalau kita bercakap tentang ketidakpuasan terhadap kerajan dan berdakwah Islam secara terbuka di kedai –kedai kopi atau tempat terbuka ,mereka akan datang menangkap kita. Kerajaan Malaysia tidaklah sekejam itu. Ada yang hendak memecah belah Negara sahaja baru ditangkap itu pun sudah keterlaluan. Jangan kita terlalu mengikut kata hati, kita ada Al-Quran untuk rujuk ..silalah rujuk. Perhimpunan, pergaduhan tidak akan menyelesaikan masalah..Orang luar pihak Amerika dan Yahudi sedang teropong saja Negara kita ini. Bila dah pincang senanglah mereka masuk esok ni.

Bagi UMNO dan BN, ambilah tindakakan yang segera dan implement cara yang paling effective untuk berbincang dengan PAS, Mereka ini adalagh orang Islam yang lebih mudah untuk kita bertolak ansur. Pada yang lain tu biarlah…mereka nak hancur dengan idealogi masing2…tapi Islam harus bersatu padu..Bila Islam bersatu..bangsa lain akan selesa dan mereka hanya mengikut siapa yang kuat saja. Cina nak berniaga, bila dapat meniaga senyaplah mereka, India nak kesenangan anak cucu mereka, bila dah senang semua persengketaan akan lenyap…janji Islam UMNO & Pas boleh bersatu ..Ditunjangi Kerajaan Barisan Nasional..Buang yang keruh Ambil yang jernih..Ekonomi Pulih Negara Selamat.

0 comments:

Post a Comment