Royalti Minyak Kelantan

Jul 14, 2009

Teropong Duri hairan kenapa Pas suka mempermainkan isu politik minyak,sedangkan kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti seperti yg diwar-warkan


Kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih di bawah perjanjian perairan antarabangsa. Ia turut melibatkan Thailand dan Vietnam. Isu royalti bukan perkara baru, kerana ia pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pemimpin Pas. Terkini, ia dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ketika Dewan Undangan Negeri bersidang pada akhir Jun 2009.


Sebelum itu, Husam yang kecundang dalam persaingannya menjadi Timbalan Presiden Pas pernah menyebut, perkara itu akan dijadikan isu dan modal kempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai. Husam boleh arah itu dan ini kepada penyokong Pas yang taksub. Tapi dia tidak boleh buat begitu pada Kerajaan Malaysia. Apa lagi pada Kerajaan Thailand atau Vietnam. 


Husam tahu beberapa perkara mengenai royalti itu. Tetapi, antara yang dia tidak tahu ialah lokasi pelantar minyak di Teluk Siam itu tiada kaitan dengan kerajaan Kelantan.Husam juga kurang arif mengenai undang-undang laut antarabangsa. Dia perlu tahu, zon maritim dibahagikan kepada tiga kategori:




KATEGORI PERTAMA: 

Dari jarak 0 batu hingga 3 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Kelantan. Tiada minyak dan gas di sini, sekadar tempat nelayan letak unjam.




KATEGORI KEDUA:

Dari jarak 3 batu hingga 200 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Persekutuan. Ia dipanggil Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). 




KATEGORI KETIGA:


Dari jarak lebih jauh daripada 200 batu nautika dipanggil perairan antarabangsa. Ia menjadi milik bersama Malaysia-Thailand-Vietnam kerana terletak dalam kawasan tuntutan bertindih tiga negara itu. Datuk Mustapa Mohamed lebih arif mengenai royalty, serta ekonomi berbanding Husam. Tok Pa ialah ‘orang ekonomi’ yang pernah menjadi Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (M-TEN). Hari ini, dia menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).




Macam-macam Tok Pa buat untuk membantu rakyat Kelantan, baik masa dia kalah dalam pilihan raya apa lagi jika menang. Macam-macam tuduhan yang pemimpin Pas buat kepada Tok Pa dan Kerajaan Persekutuan. Kononnya Hak kerajaan negeri dicabul, Rakyat Kelantan dizalimi dan kerana politik, Kelantan tidak mendapat pembelaan. 

Dibawah RMK -9, Kerajaan pusat telah beri RM 7 Billion pada kerajaan Kelantan untuk pembangunan rakyat kelantan, tapi apa yg Pas lemparkan kepada UMNO & BN. Masih lagi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Allah dan masih lagi taksub dengan PAS janji syurga. Itulah hanya orang kampung yg belum terdedah mereka akan memperkotak-katikkan, BN dan UMNO akan membela nasib orang kampung yg disangka bodoh oleh PAS & PKR. Kalau negeri tu layak lagi banyak wang akan disalurkan. Ni sedangkan tak layak pun dah dapat 7billion !

Wahai rakyat Kelantan Agama kita Sanjung Allah bukan pemimpin mainan politik seperti pemimpin PAS yg sentiasa takut dikecam dan tidak mengaku kesilapan sendiri. UMNO telah mengaku kesilapan dan cuba perbetulkan keadaan semasa..inilah yg dikatakan perjuang berani kerana benar.... Renungkanlah



Hasil info dari -http://www.eizwan.com/


0 comments:

Post a Comment