Kit Siang kena Warning

Jul 23, 2009
Petikan Malaysiakini-Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta orang ramai khususnya pembangkang, supaya menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.

Katanya, pemimpin pakatan pembangkang khususnya tokoh veteran DAP Lim Kit Siang, sepatutnya membiarkan polis menyiasat insiden itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan.

"Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun.

"Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya 
katakan dan jangan cuba mengajar saya, saya fikir beliau yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Biar polis siasat,"
katanya, lapor Bernama.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan ucaptama di forum mengenai Integriti dan Pematuhan: Agenda
Malaysia anjuran Siemens hari ini.

Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor Khamis lepas, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan exco kerajaan negeri Selangor.

Teropong Duri: Ini lah yang dikatakan politik kotor ataupun politik mati akal. Kalau anjing mati kena langgar pun BN & UMNO jugak dipersalahkan. Kit Siang cuba memperhangatkan isu perkauman...boleh takdak hal...negara ini 66% Melayu,kalau nak perang melayu/Islam boleh bersatu..Lu kena ingat Kit Siang ..orang melayu bersedia kalau nak perang..jangan cubacucuk sarang tebuan apek! Lebih baik kita bersatupadu demi keamanan negara tercinta...WE ARE ONE!! as 1Malaysia...

Negara sedang aman dan tenteram yg dipimpim oleh Kerajaan BN selama 51 tahun..hanya pembankang dan org2 tertentu nak  buat kecoh kat Malaysia ni. Dakwaan demi dakwaan telah dilemparkan. Cuba semua orang duduk diam dan befikir apa kena mengena kes Beng Hock dengan kerajaan BN dan Orang Melayu?. Lu punya orang makan rasuah..lu mau sembunyi..lu sudah hantar (gangster) sudah tapau itu orang ..tangan lu angkat sembunyi blakang..lepas tu lu mau tuduh orang lain buat ka??


0 comments:

Post a Comment