PAS: Jangan terlalu Teruja Tentang Larangan Untuk Perhimpunan ISA

Jul 31, 2009

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub meminta ahli parti itu tidak "teruja" dengan fatwa yang mengharamkan orang ramai berdemonstrasi menentang akta ISA di Istana Negara, petang esok.

"Kepada ahli PAS, saya minta mereka tidak terpengaruh atau teruja dengan fatwa pihak lain. Bagi PAS, ia satu kewajipan (untuk hadir).

"Dan telah dikeluarkan kenyataan, bahawa kehadiran mereka esok adalah wajib bagi menentang akta yang zalim (ISA), yang telah berkuatkuasa selama 49 tahun," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara tengah hari tadi.- Malaysia Kini

Teropong Duri tinjau kali ini dengan isu ISA yang semakin hangat diperkatakan sehingga tercetus segelintir rakyat yang cuba untuk berdemostrasi di ibu negara esok pada pukul 1pm. Adalah sedia maklum perkara sebegini tidak harus berlaku diantara PAS dan kerajaan. Setidak-tidaknya perkara sebegini boleh dibawa kemeja perbincangan. Walaupun PAS dijangka menerima tekanan dari pihak pembangkang yang lain, UMNO harus mengambil inisiatif untuk menarik pengamal politik berteraskan islam ini untuk berbincang…kan Islam menyuruh umatnya membuat secara lembut dulu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dah melarang jangan sesiapa menghadiri perhimpunan haram menyokong atau pun membantah ISA kerana ini telah menglibatkan keselamatan negara.
Apa sebenarnya niat dan matlamat mereka untuk adakan perhimpunan itu... hanya untuk hura-hara dan menjejaskan keadaan?


Kerajaan telah mengkaji semula akta ISA ini…apakah pihak pembangkang masih tidak faham lagi terutamanya GMI. Diharap PAS tidak akan terikut-ikut dengan tindakan kawan-kawan sekongkol mereka ini. Bagi orang Islam apabila sesuatu itu telah ditafsirkan untuk umatnya sendiri ..kita sebagai orang Islam harus mengkaji semula …apakah ia benar ini akan memudaratkan masyarakat?

1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Islam tidak menggalakkan umatnya menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

2. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata jika perhimpunan boleh mendatangkan huru-hara, haram bagi mana-mana pihak menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Apabila bila fatwa demi fatwa keluar ..dah jadi perang fatwa pulak orang Islam kita disini..apa nak jadi…Ada sesetengah pihak kata tidak perlu akta ISA untuk melindungi Islam..ya betul ..ramai yang setuju mengenai itu . Islam memang tidak perlu apa2 pun untuk perlindungan sememamgnya kita berlindung dibawah kuasa Allah SWT..ini adalah soal negara yang Allah amanahkan kpd kita untuk menjaganya .

Akta ini harus ada..macam Singapore..kalau kita bercakap tentang ketidakpuasan terhadap kerajan dan berdakwah Islam secara terbuka di kedai –kedai kopi atau tempat terbuka ,mereka akan datang menangkap kita. Kerajaan Malaysia tidaklah sekejam itu. Ada yang hendak memecah belah Negara sahaja baru ditangkap itu pun sudah keterlaluan. Jangan kita terlalu mengikut kata hati, kita ada Al-Quran untuk rujuk ..silalah rujuk. Perhimpunan, pergaduhan tidak akan menyelesaikan masalah..Orang luar pihak Amerika dan Yahudi sedang teropong saja Negara kita ini. Bila dah pincang senanglah mereka masuk esok ni.

Bagi UMNO dan BN, ambilah tindakakan yang segera dan implement cara yang paling effective untuk berbincang dengan PAS, Mereka ini adalagh orang Islam yang lebih mudah untuk kita bertolak ansur. Pada yang lain tu biarlah…mereka nak hancur dengan idealogi masing2…tapi Islam harus bersatu padu..Bila Islam bersatu..bangsa lain akan selesa dan mereka hanya mengikut siapa yang kuat saja. Cina nak berniaga, bila dapat meniaga senyaplah mereka, India nak kesenangan anak cucu mereka, bila dah senang semua persengketaan akan lenyap…janji Islam UMNO & Pas boleh bersatu ..Ditunjangi Kerajaan Barisan Nasional..Buang yang keruh Ambil yang jernih..Ekonomi Pulih Negara Selamat.

Government Targets To Cut Street Crimes By 20 Per Cent

Jul 27, 2009
PUTRAJAYA, July 27 (Bernama) -- The government has set the target of reducing street crimes by 20 per cent by the end of next year, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced Monday.

He said the government viewed with concern the need to check crime and, as such, had decided to make crime reduction one of the national key results areas (NKRA).

"The NKRA on crime reduction is divided into three parts, the first being street crimes which strike fear and trauma in families and the general public," he said when addressing members of the administration and civil service staff as well as staff of government-linked companies (GLCs) at the Putrajaya International Convention Centre (PICC), here.

Street crimes, he said, included snatch thefts and unarmed robberies.

Najib said statistics showed that street crimes made up 17 per cent of crime on the overall crime index for 2008.

"Four main areas -- Kuala Lumpur, Selangor, Penang and Johor -- have been identified as the hot spots for this type of crime. It has been found that these places recorded 72 per cent of the overall street crimes in 2008. As such, the government has set the target to reduce street crimes by 20 per cent by the end of 2010," he said.

The second task, he said, was to improve the people's perception of public order whereby existing voluntary organisations, particularly the People's Volunteer Corps (Rela), would be strengthened with adequate training given to members in a more organised manner.

It would also include standardisation of the uniform so that these organisations could join forces with the police to help fight street crimes, he said.

"In this effort, the relevant police stations will be upgraded and the necessary equipment will be provided. Besides, patrols and preventive measures will be stepped up, along with the installation of additional closed circuit television cameras (CCTV)," he said.

In upgrading the performance of the enforcement agencies, the Home Ministry would work with the Attorney-General's Chambers and the Prime Minister's Department to consider ways to expedite the legal process in the matter of backlogged cases, for example, in setting up a tribunal or special court to handle offences related to street crimes.

Gangsta Mania!!

Jul 23, 2009

To Attack! & To Kill!

Kit Siang kena Warning

Petikan Malaysiakini-Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta orang ramai khususnya pembangkang, supaya menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.

Katanya, pemimpin pakatan pembangkang khususnya tokoh veteran DAP Lim Kit Siang, sepatutnya membiarkan polis menyiasat insiden itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan.

"Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun.

"Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya 
katakan dan jangan cuba mengajar saya, saya fikir beliau yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Biar polis siasat,"
katanya, lapor Bernama.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan ucaptama di forum mengenai Integriti dan Pematuhan: Agenda
Malaysia anjuran Siemens hari ini.

Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor Khamis lepas, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan exco kerajaan negeri Selangor.

Teropong Duri: Ini lah yang dikatakan politik kotor ataupun politik mati akal. Kalau anjing mati kena langgar pun BN & UMNO jugak dipersalahkan. Kit Siang cuba memperhangatkan isu perkauman...boleh takdak hal...negara ini 66% Melayu,kalau nak perang melayu/Islam boleh bersatu..Lu kena ingat Kit Siang ..orang melayu bersedia kalau nak perang..jangan cubacucuk sarang tebuan apek! Lebih baik kita bersatupadu demi keamanan negara tercinta...WE ARE ONE!! as 1Malaysia...

Negara sedang aman dan tenteram yg dipimpim oleh Kerajaan BN selama 51 tahun..hanya pembankang dan org2 tertentu nak  buat kecoh kat Malaysia ni. Dakwaan demi dakwaan telah dilemparkan. Cuba semua orang duduk diam dan befikir apa kena mengena kes Beng Hock dengan kerajaan BN dan Orang Melayu?. Lu punya orang makan rasuah..lu mau sembunyi..lu sudah hantar (gangster) sudah tapau itu orang ..tangan lu angkat sembunyi blakang..lepas tu lu mau tuduh orang lain buat ka??


Anwar : Kes Mahkamah

Jul 15, 2009


Berita Tergempar!!!- Teropong Duri mendapat tahu Peguam utama Anwar telah menarik diri dalam kes liwatnya- Sulaiman abdullah yang secara tiba-tiba menarik diri dan dia tidak dapat dihubungi. Penarikan ini berkuatkuasa serta merta dan peguam anwar yang lain meminta agar mahkamah memberi penangguhan supaya mereka dapat mencari pengganti peguam tersebut. Mahkamah akan bersambung pd petang ini untuk menyemak permohonan anwar dalam mendapatkan bukti2 asal kes liwat ini. Keputusannya juga akan diketahui pada petang ini.

Justice Delayed Is Justice Denied!!

Royalti Minyak Kelantan

Jul 14, 2009

Teropong Duri hairan kenapa Pas suka mempermainkan isu politik minyak,sedangkan kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti seperti yg diwar-warkan


Kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih di bawah perjanjian perairan antarabangsa. Ia turut melibatkan Thailand dan Vietnam. Isu royalti bukan perkara baru, kerana ia pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pemimpin Pas. Terkini, ia dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ketika Dewan Undangan Negeri bersidang pada akhir Jun 2009.


Sebelum itu, Husam yang kecundang dalam persaingannya menjadi Timbalan Presiden Pas pernah menyebut, perkara itu akan dijadikan isu dan modal kempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai. Husam boleh arah itu dan ini kepada penyokong Pas yang taksub. Tapi dia tidak boleh buat begitu pada Kerajaan Malaysia. Apa lagi pada Kerajaan Thailand atau Vietnam. 


Husam tahu beberapa perkara mengenai royalti itu. Tetapi, antara yang dia tidak tahu ialah lokasi pelantar minyak di Teluk Siam itu tiada kaitan dengan kerajaan Kelantan.Husam juga kurang arif mengenai undang-undang laut antarabangsa. Dia perlu tahu, zon maritim dibahagikan kepada tiga kategori:




KATEGORI PERTAMA: 

Dari jarak 0 batu hingga 3 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Kelantan. Tiada minyak dan gas di sini, sekadar tempat nelayan letak unjam.




KATEGORI KEDUA:

Dari jarak 3 batu hingga 200 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Persekutuan. Ia dipanggil Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). 




KATEGORI KETIGA:


Dari jarak lebih jauh daripada 200 batu nautika dipanggil perairan antarabangsa. Ia menjadi milik bersama Malaysia-Thailand-Vietnam kerana terletak dalam kawasan tuntutan bertindih tiga negara itu. Datuk Mustapa Mohamed lebih arif mengenai royalty, serta ekonomi berbanding Husam. Tok Pa ialah ‘orang ekonomi’ yang pernah menjadi Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (M-TEN). Hari ini, dia menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).




Macam-macam Tok Pa buat untuk membantu rakyat Kelantan, baik masa dia kalah dalam pilihan raya apa lagi jika menang. Macam-macam tuduhan yang pemimpin Pas buat kepada Tok Pa dan Kerajaan Persekutuan. Kononnya Hak kerajaan negeri dicabul, Rakyat Kelantan dizalimi dan kerana politik, Kelantan tidak mendapat pembelaan. 

Dibawah RMK -9, Kerajaan pusat telah beri RM 7 Billion pada kerajaan Kelantan untuk pembangunan rakyat kelantan, tapi apa yg Pas lemparkan kepada UMNO & BN. Masih lagi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Allah dan masih lagi taksub dengan PAS janji syurga. Itulah hanya orang kampung yg belum terdedah mereka akan memperkotak-katikkan, BN dan UMNO akan membela nasib orang kampung yg disangka bodoh oleh PAS & PKR. Kalau negeri tu layak lagi banyak wang akan disalurkan. Ni sedangkan tak layak pun dah dapat 7billion !

Wahai rakyat Kelantan Agama kita Sanjung Allah bukan pemimpin mainan politik seperti pemimpin PAS yg sentiasa takut dikecam dan tidak mengaku kesilapan sendiri. UMNO telah mengaku kesilapan dan cuba perbetulkan keadaan semasa..inilah yg dikatakan perjuang berani kerana benar.... Renungkanlah



Hasil info dari -http://www.eizwan.com/


Manik Urai: Nik Aziz Seru Pengundi Hantu


TeropongDuri  dok usha MU kita ni hari ni. NA dah seru pengundi hantu katanya...jika anda memilih BN untuk kali ini, kalau pilih PAS anda akan layak ditukarkan drpd hantu kepada hantu suci. Bertapa sanggup NA menggelarkan orang kampung/rakyat macam hantu. Apa penduduk kampung bukan orang ka? Buat pengundi Manek urai, inilah jadinya jika PAS kalah,anda dituduh sebagai hantu. Betapa mereka begitu menghina pengundi pengundi, ada yang dicederakan malah di perlakukan dengan kasar jika di syaki sebagai hantu.

Biarlah ada perubahan dalam hidup, jangan biarkan orang berserban memukau pemikiran kita sj. Bukan atas dasar pakaian kita nak angkat pemimpin, kena tengok keperibadian pemimpin itu sama. Nabi Muhammad S.A.W pernah mengeluarkan kata2 kesat ke semasa dia berdakwah?Pernahkah Dia berpolitik dulu?

kita bukan nak singkirkan NA dan cara pemikirannya, kita mahu pembaharuan dan mental yg terbuka serta cara negara Islam yg berdaulat dan mempunyai nilai2 murni dalam ekonomi yg mantap baru boleh menerajui negara Islam yg lain. Untuk pengetahuan semua, dunia Islam yg lain serdang memerhati Malaysia sebagai contoh. Ini bukan kerana Pas yg memerintah, ini kerana UMNO yg memerintah. Renungkanlah

Manik Urai:Muyiddin Beri Rasuah

Jul 13, 2009

Teropong Duri tinjau2 kulatlapok.blogspot.com-mengatakan TS Muyiddin beri rasuah kat M.U. Bro itu bukan rasuah lah. Ini adalah maniefesto untuk election, kalau undi BN maka satu pelan terancang akan dijalankan di MU. Iaitu pembangunan di MU utk kemajuan dan kemudahan utk penduduk di situ. Siapa tak mahu kemajuan,dalam islam pun sebut kemajuan utk orang Islam dan orang Islam hasrus jadi kaya raya serta beri bantuan utk orang lain. Itu yg Bn cuba lakukan...

Nik Aziz janji syurga kpd org yg pangkah PAS lagi tak masuk akal. Itu kerja Allah bukan kerja manusia. Cubalah pikir baik2. Cuba tengok kat MU, mana perginya org muda disitu...kebanyakkan telah berhijrah ke k.l utk mencari kemajuan dan kekayaan. waktu lepas ada kesilapan UMNO.Macam manusia Allah telah mencipta manusia melalui kelemahan untuk manusia itu belajar dari kesilapan dan menjadikan ia lebih perkasa dan kuat serta berpengalaman untuk menjadi lebih berguna pada hari2 yg akan datang. Renungkanlah kita Islam harus bersatu padu.

Gejala Rasuah berleluasa di Manek Urai, PAS Sogok RM150 seorang pengundi

Jul 10, 2009



Thursday, July 9, 2009

MANEK URAI - PAS BERI RASUAH RM 150.00 SEORANG
MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...TEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK MUKA SENDIRI...SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,BERCAKAP BOHONG,LAMA-LAMA hamPAS JADI PENCURI...
Itulah gambaran yang layak diberi kepada hamPAS.Selama ini habis segenap desa dan ceruk hamPAS dok mengata UMNO rasuah. Tapi kalau mereka yang buat tak dinamakan RASUAH. Mereka namakan SEDEKAH/SUMBANGAN IKHLAS/ARMALAH.Itulah hamPAS,lidah bercabang atau lidah setan.Gambar dibawah ini sebagai bukti jelas. Semalam hamPAS buat satu majlis di Pasti Manek Urai Baru. Mereka memberi RM 150 kepada tiap-tiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak yatim. Wang tersebut diisi di dalam sampul surat yang dipegang makcik tersebut. Makcik tu anak yatim juga kot....
KALAU UMNO MEREKA KATA RASUAH. KALAU MEREKA DIPANGGIL ARMALAH. DASAR SETAN
-----Blog Dari RBF
Ulasan TDuri:- Sudah sampai masanya PAS akan bergelumang dengan gejala RASUAH yang mana dulunya adalah salah satu permainan orang POLITIK...PAS bukan politik ke? Iyelah ...Pikir PAS ...Pikir Syurga kata tuk guru. sekarang ini macam mana pulak sampul yg berisikan wang boleh diserahkan kepada pengundi pulak. Bukan senang nak jadi pentadbir...macam guan eng jugak dah dapat tak tahu nak handle...tu lah sifat pembangkang, hanya mahu negara untuk kepentingan sendiri.

UMNO AYAH PIN & KOMUNIS

Jul 3, 2009
Teropong Duri tinjau kali ini dengan isu ulamak menuduh UMNO agama ayah pin. Mcmana parti politik jadi agama pulak. Adakah ini orang berpelajaran berhujah. Janganlah kita taksub sangat dengan politik sehingga menukarkannya menjadi agama rasmi-Dalam Al-Quran ada sebutkah perkara tersebut? Ada Hadiskah yg mengatakan politik boleh menjadikan ia sebagai tiang agama. Inilah yg terselit dihati Melayu yang begitu taksub sangat dengan penggangan politik dan kedudukan didunia. Bukankah kita kalau nak berdakwah kena cara lembut dan halus, cara memujuk, pendekatan Nabi Muhammad S.A.W. Kadang2 para ulamak telah menggunakan serban dan jubah untuk memikat hati rakyat demi majoriti sorakan. Ini telah terjerumus dalam tamak dan gila pangkat. Adakah ini dituntut dalam agama? Bukankah kita sebagai seorang Islam harus mencari ilmu dan mengajar kepada orang yang sedang mencari. Bukankah kita tidak seharusnya bongkak dan tinggi hidung bila berilmu tinggi? Yang mana kita umat Islam harus ikut ni?

Kalau ada pihak kurang berilmu bukankah kita sebagai seorang berilmu tinggi harus menegur dengan cara lembut serta mengajak kejalan kebaikan. Kalau UMNO jahat dan menyeleweng kejalan kafir, tunjukkanlah dan mengajak kejalan kebaikan dengan berbincang...bukan dengan membuat penuduhan UMNO itu kafir. Apa akan terjadi dengan mufti2 serta pak imam dan alim ulamak yang bekerja dengan UMNO dan kerajaan Malaysia, tak kan mereka ini tidak tahu tentang agama langsung. Inilah yang dikata terlalu mengikut perasaan segolongan orang berpolitik seperti Tok Guru ini. Ini juga amalan syaitan(marah/mengikut perasaan). Bagaimana seorang yg terlalu diagungkaan sebilangan pendukung parti politik boleh mengiyakan kata2 org demikian. Tanyalah diri sendiri tuan2 dan puan2

Kita umat Islam harus berpegang pada Agama, Bangsa dan Negara tidak kira parti politik tetapi perjuangan hanyalah satu seperti Kaum Cina. Mereka tidak kira politik apakah mereka itu tetapi tujuan mereka adalah 1 iaitu menguasai ekonomi dunia. Kadang2 kita harus akur dan tunduk untuk mencari ilmu, nescaya kita tidak akan rugi kemudian hari. Apa salahnya kalau kita sama2 belajar dan perbetulkan kesalahan masing2, bukan menunding jari sesama sendiri. Ini adalah perkara yang amat memalukan umat Islam. Macam mana kaum lain nak percaya kita dan mengangkat Umat Islam sebagai ketua negara kalau perkara kecil pun tak boleh selesai. Macam bukak pekung didada lah.

Perkara sebegini akan menyumbang kejatuhan empayar melayu di tanah air sendiri. Kita juga harus memberitahu pada kaum asing bahawa Islam/Melayu adalah pemerintah yang terhebat dan sering adil pada yang lain. Kalau kita(org Melayu) memerintah, kaum lain juga akan merasa segala kekayaan yang terhasil di negara ini dan kaun melayu juga harus mempertahankan hak org melayu bukan membiarkan ia digugat oleh org lain. Hidup ini akan lebih aman kalau kita tahu batasan pengalaman dan pengetahuan.

P/S : Pikir Pikir lah sendiri wahai ulamak2 sekalian dunia ini bukan tempat pertempuran politik untuk masuk syurga. Berdakwalah dengan hati yg terbuka dan ikhlas kerana ramai lagi yang memerlukannya.