TUN M masih terima rawatan di IJN

Nov 19, 2013
Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini.

Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.

ehsan RTM

0 comments:

Post a Comment