Malaysia Serabut

May 15, 2009
Teropong Duri meninjau keadaan negara yang terumbang ambing byk pihak telah mengambil kesempatan demi kepentingan masing2. ini telah menyebabkan pengaruh negatif berleluasa. BN dengan cara mereka PKR pulak dengan ideologi masing2. Bagi negara luar ini adalah langkah tebaik sekali untuk menjatuhkan sebuah negara, apatah lg yg bersekongkol dengan yahudi. Ekonomi negara sering diperdagankan melalui skim2 yg telah dihasilkan utk mengaut keuntungan yg berlipat kali ganda. Para pelabur akan senantiasa mendapat keuntugan tidak kira masa dan waktu. Dikala dunia sedang menghadapi satu bencana, Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan cerita dalaman yg semakin hebat antara tuah dan jebatya. PKR yg semakin ligat memperkuatkan jenteranya untuk mengambil alih Malaysia, mereka juga telah memperhebatkan lagi misi2 gelap mereka untuk mepergaruhi seluruh rakyat jelata. Tetapi kita jangan lupa pada tulang belakang yg telah membangunkan Malaysia sehingga kita semua dapat hidup dengan mewah dan aman damai sekarang.

Setelah keadaan aman damai, mewah dan mendapat pendidikan yg sempurna, ini lah masanya untuk kita berpaling tadah...Itukah yg anda mahu...ini bagaikan satu peperangan dalaman yg dipengaruhi oleh pihak luar. Mereka telah berjaya menjajah negara dan pemikiran kita, apa yg kita ada sekarang ini hanyalah maruah Bangsa, Agama dan Tanah Air. Adakah ini juga harus diperjudikan. Mengapa rakyat tidak mengabil berat tentang ekonomi dan hala tujuan negara daripada bertikam lidah secara sendiri kerana kuasa. Ini akan membuatkan kita menjadi satu bangsa yg lemah dan membenci satu sama lain. Apabila bangsa lemah secara automatik pergerakan ekonomi dan matawang kita turut terjejas. Ini akan membawa kita menjadi failure dirantau ini. Anda harus ingat kita adalah negara contoh pada satu ketika!!

Teropong Duri tinjau2 baru ini ada juga pihak yg amat senang sekali dengan perbalahan antara kaum. Kalau ingin memegang sesuatu jawatan atau kejayaan biarlah dari hasil usaha yang baik dan telus. Kita memang setuju dan tahu bahawa BN dan UMNO telah membuat banyak kesilapan di zaman pemerintahan Pak Lah, BN telalu sombong dan selesa dengan keadaan semasa sehingga mengabaikan kepentingan rakyat. Ini adalah pengajaran kpd BN. Kita jgn mudah lupa bahawa setiap manusia juga melakukan kesilapan setiap masa. Tetapi ada pihak yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan ini demi Kuasa dan Duit...(bertuhankan duit dan kuasa katakan) seperti Anuar Ibrahim dan sekutunya. Anda harus ingat pemerintahan telah bertukar...rakyat harus beri sedikit masa demi perubahan yg telah banyak ditumpahkan pada rakyat dan negara...apa perlu takut kita mempunyai kuasa..tak suka kita tarik turun..tapi jangan sampai kita disuruh dan tidak mempunyai kata putus. Itukah yg anda mahu?

Berfikir secara meluas, buka minda...jamgan takut jika ada pihak sedang bermain dengan api iaitu sentimen perkauman dan 13 MEI...Mereka(Melayu) hanya meminta hak melayu..TIDAK Ganggu langsung hak-hak kaum lain...apa nak di boikotnya, apa nak ditakutnya. Sudah lebih 50 Tahun anda(kaum bukan Bumiputra) hidup dalam keadaan aman damai dan boleh berniaga serta kaya raya sehingga menguasai majoriti financial strength di Malaysia...Cuba bandingkan dengan negara lain adakah bangsa bukan peribumi mereka begitu kuat dari segi financial- terutama sekali di U.S & europe.

Kita sebagai anak Malaysia ingin hidup senang dan mati dalam keadaan aman. Politik bukan pemainan rakyat. Rakyat jangan terpengaruh dengan khabar angin dari mana2 pihak pun jika sesuatu bahan/berita dikeluarkan. Siasat dan cari bukti, jangan jadikan sorakan beramai-ramai itu tandanya menang. Anda ada kepala otak...jadilah macam Teropong Duri sentiasa cari bukti..Dan ingin melihat kerajaan yg telus dan berjaya...harap Dato' Seri Najib boleh memikul Tanggungjawab ini serta bekerjasama dengan PKR . Tapi untuk PKR tak payah lah nak ikut telunjuk Anuar tu...fikir dan perjuangkan hak kita Orang Malaysia..ramai diantara PKR yg cerdik pandai bukannya bodoh tetapi kenapa sanggup befikiran cetek untuk menghancurkan Malaysia...BEKERJASAMA LAH! demi agama, diri sendiri, keluarga, sahabat dan negara yg aman damai.


P/S: Teropong Duri selalu amalkan sikap terbuka dirumah, tempat kerja dan diluar: bermula dengan diri sendiri dulu-pesanan untuk semua pemimpin BN & PKR

0 comments:

Post a Comment